FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Hanya Permainan dan Sia-Sia

    Hanya Permainan dan Sia-Sia

    Information
    06 Januari 2023
    Peringatan al-Quran bahawa dunia ini hanya "permainan dan sia-sia" (Surah al-An'am ayat 32, Surah Muhammad ayat 36, Surah al-Hadid ayat 20) akan dapat kita lihat apabila kita benar-benar merenung kehidupan ini.   Masa berlari pergi, peristiwa-peristiwa yang terjadi dan baki kenangan yang tertinggal kini, benar-benar menjadi saksi bahawa kehidupan hanya sendiwara yang tidak pernah berhenti. Apa yang kita lihat, tidak seperti yang kita sangka. Apa yang kita sangka, mungkin hakikatnya sangat berbeda. Semalam tidak lagi sama seperti hari ini. Esok mungkin berubah lagi... Baca seterusnya

IMG 20221202 WA0024

JABATAN Mufti terus mempergiatkan Kempen Perlis Berzikir di negeri ini apabila kali ini melibatkan penduduk nelayan di sekitar Kuala Perlis.

Sekaligus ianya dapat memberi peringatan kepada kaum nelayan dan keluarga mereka supaya sentiasa mengamalkan zikir sambil mencari rezeki. Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin telah melancarkan program ini di Pelantar Ikan Seberang Alor Kuala Perlis, hari ini.
 
Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim.
 

Pada majlis ini, Mohd Asri juga menyampaikan gegantung (bunting) kepada 15 pengusaha kedai makan di sekitar Kuala Perlis.

Juga turut disampaikan gegantung kepada wakil penduduk di perkampungan nelayan ini.

Pada gegantung ini tertera zikir mudah untuk diamalkan selain doa makan untuk pengunjung restoran.

Kempen Perlis Berzikir telah dilancarkan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 18 Mac tahun lalu.

Tujuannya untuk menggalakkan umat Islam di negeri membasahkan lidah dengan amalan berzikir di dalam menjalani kehidupan seharian. 

Sumber : Suara Merdeka