FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Doa Sentiasa Diterima..

    Doa Sentiasa Diterima..

    Information
    12 Oktober 2022
    Doa Sentiasa Diterima..  Doa tidak pernah sia-sia. Apabila seseorang berdoa dengan penuh pasrah dan merendahkan jiwa kepada ALLAH, itu pasti mustajab. Itulah janji ALLAH. Cumanya, bilakah ia dimustajabkan dan dalam rupa atau keadaan yang bagaimana ia dimustajabkan itu merupakan pilihan ALLAH untuk hamba-hambaNYA atas hikmat yang DIA Maha Tahu. Betapa banyak doa insan yang telah dimustajabkan, namun insan itu terlupa atau tidak menyedarinya. Itu kerana, insan sering... Baca seterusnya

Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis bertanggungjawab untuk menyediakan fatwa atau pandangan hukum syariah dalam perkara agama dan isu semasa bagi masyarakat Negeri Perlis. Ia juga bertanggungjawab untuk membuat penyelidikan terhadap sesuatu serta penwartaan fatwa.

FUNGSI BAHAGIAN FATWA

  1. Mengeluarkan fatwa - Menguruskan dan mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
  2. Penyelidikan hukum untuk kajian pengeluaran fatwa - Membuat kajian fatwa dan mengurusetiakan mesyuarat Panel Syariah Negeri Perlis.
  3. Pewartaan fatwa - Menguruskan proses pewartaan sesuatu fatwa yang telah diputuskan
  4. Penerangan kefahaman Fatwa / Hukum - Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti penerangan fatwa
  5. Memberi nasihat - Menyediakan khidmat nasihat dan penjelasan fatwa / hukum
  6. Penerbitan khutbah dan bahan ilmiah - Menguruskan dan menerbitkan bahan-bahan ilmiah dan teks khutbah