FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

IRSYAD HUKUM SIRI 10

Hukum Solat Di Atas Sejadah Yang Bergambar Ka’bah

 

Soalan:

Bolehkah saya solat di atas sejadah yang bergambar ka'bah?

Jawapan:

الحمد لله وحدة والصلاة والسلام على من لا نبي بعده، أما بعد:

  1. Solat di atas sejadah yang bergambar ka'bah atau masjid dan seumpamanya adalah harus selagi ia tidak mengganggu khusuk dalam solat. Namun perkara yang terpenting dalam solat adalah memperolehi khusyuk. Maka seseorang yang hendak menunaikan solat mestilah berusaha menjauhi apa-apa yang boleh mengganggu kekhusyukkan ketika solat. Oleh itu seseorang yang menggunakan sejadah yang tidak bergambar adalah lebih afdal kerana gambar-gambar tersebut boleh mengganggu  dan mengurangkan kekhusyukkan dalam solat.
  1. Aisyah r.a berkata, bahawa Nabi SAW pernah solat dengan pakaian yang bergambar atau tanda. Lantas Baginda melihat dengan satu pandangan yang tajam, kemudian berpaling seraya bersabda:

اِذْهَبُوا بِخَمِيصَتِي هَذِهِ إِلَى أَبِي جَهْمٍ وَأْتُونِي ‌بِأَنْبِجَانِيَّةِ أَبِي جَهْمٍ، فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِي آنِفًا عَنْ صَلَاتِي

Ertinya: “Bawalah baju ini kepada Abi Jaham dan bawakan untukku baju Anbijaniyyah (kain tebal yang tidak ada gambar dan ukiran) Abi Jaham kerana ia melalaikan aku daripada solatku.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

  1. Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda:

كُنْتُ أَنْظُرُ إِلَى عَلَمِهَا وَأَنَا فِي الصَّلَاةِ فَأَخَافُ أَنْ تَفْتِنَنِي

Ertinya: “Aku melihat kepada gambarnya sedang aku dalam solat, maka aku bimbang ia membawa fitnah kepadaku (atau melalaikan aku). (Riwayat Al-Bukhari).

  1. Perlu diambil perhatian, sejadah yang bergambar ka'bah tidak ada kelebihan berbanding sejadah-sejadah yang lain, kerana gambar ka'bah hanyalah gambar untuk tujuan hiasan. Tidak boleh menganggap atau beriktikad solat di atas sejadah yang bergambar ka'bah mempunyai kelebihan berbanding dengan sejadah-sejadah yang lain.

(Panduan hukum ini yang dijawab oleh Unit Buhuth Jabatan Mufti Negeri Perlis adalah bukan merupakan keputusan rasmi Fatwa Negeri Perlis)