FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

IRSYAD HUKUM SIRI 3

HUKUM MEMBELI BARANG DIDALAM KOTAK/BEKAS YANG TIDAK DIKETAHUI SIFATNYA 

 

Soalan: Apakah hukum saya membeli barang didalam kotak/bekas yang tidak diketahui sifatnya?

Jawapan:

الحمد لله وحدة والصلاة والسلام على من لا نبي بعده، أما بعد

  1. Hukum asal jual beli dibenarkan oleh syarak, manakala setiap transaksi yang mengandungi unsur riba dilarang. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 275 :

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ 

Maksudnya: “Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”

Ayat ini menjadi dalil yang mengharuskan jual beli secara umum dan larangan melakukan riba.

  1. Membeli sesuatu yang tidak dapat dipastikan sifatnya; samada barang tersebut didalam kotak (tidak diketahui saiz, warna, bentuk dan sebagainya) termasuk daripada jual beli yang mempunyai unsur gharar (penipuan). Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sebuah hadith riwayat al-Imam Muslim:

نَهَى رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ عن بَيْعِ الحَصَاةِ، وَعَنْ بَيْعِ الغَرَرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang jual beli dengan cara hasah (iaitu; jual beli dengan cara melempar batu) dan jual beli yang mengandungi unsur penipuan”.

  1. Gharar dalam urusan jual beli bermaksud sesuatu transaksi yang adanya unsur samar, tidak jelas, tidak pasti (jahalah) berkaitan barang yang hendak dibeli. Islam mensyaratkan sebarang aktiviti jual beli hendaklah berlangsung dengan jelas dan tiada sebarang unsur yang meragukan. Kerelaan kedua belah pihak itu diambil kira ke atas barang yang dibeli tanpa ada pihak yang merasa dirinya tertipu.
  1. Kesimpulanya hukum membeli sesuatu barangan yang tidak diketahui sifatnya termasuk dalam transaksi yang gharar dan diharamkan dalam Islam.

Panduan hukum ini yang dijawab oleh Unit Buhuth Jabatan Mufti Negeri Perlis adalah bukan merupakan keputusan rasmi Fatwa Negeri Perlis